Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk
memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun
1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah),
Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1
Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut
bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan
dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia
memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama.
Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan
Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari
keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan
merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010,
Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
No comments:
Post a Comment