Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu

#pengajianmalaysia #DIB1A #Jun2015

Monday, 10 August 2015

LATAR BELAKANG KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU :

o   Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi.Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke negara China
.

o   Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi.


o   Mengikut catatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15


o   Perlak ialah perlabuhan pertama yang disinggahinya.Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh pedagang Arab di Nusantara.



o   Manakala Ibnu Battutah,pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari negara China antara tahun 1345 hingga 1346,menyatakan bahawa raja samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Syafi’e.

No comments:

Post a Comment